Agak lama juga saya tidak berpeluang untuk mengemaskinikan blog ini kerana kesibukan masa..
Diam tak diam kita telah memasuki ke penghujung tahun dan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut awal muharram. di kesempatan ini saya ingin memgucapkan pada anda semua 'Selamat menyambut tahun baru' sempena awal muharram dan semoga kita kuatkan tekad dan azam kita lagi dan lagi supaya azam tidak hanya tinggal azam dari tahun ke tahun he he he...
Paling penting marilah kita sama2 berazam untuk tingkatkan iman dan amal kita kerana dunia hanya sementara dan akhirat adalah matlamat utamma kita...sama-sama kita istiqamah dalam mengamalkan perintah Allah Swt dan meninggalkan laranganNYA...
Untuk para penggemar pakaian smocking tempahan akan mula di buka pada Januari 2011..Buat masa ini saya hanya menumpukan untuk menyiapkan ready made smocking gown bagi kanak-kanak yang berumur 6 bulan-12bulan bagi memenuhi permintaan pasaran...
Sementara itu saya akan memaparkan koleksi yang sempat saya rakamkan yang telah dihantar kepada para pelanggan ...paparan gambar2 smocking akan saya paparkan dari masa ke semasa so tungguuuu...


