muslimah version...

muslimah version...

my little model

my little model
Shaheera Qistina bergaya dgn smocking

page

Ringkasan tentang jahitan smocking



Funscrape.Com

Funscrape.Com | More Tinker Bell Comments




Smocking adalah jahitan tradisi turun temurn yang dijadikan hiasan pada pakaian kanak-kanak selalunya pada bahagian dada.Bergantung pada kreativiti seseorang jahitan smocking ini akan menghasilkan satu permukaan yang lebih menarik dan berwarna warni.....

jenis smocking yang biasa saya hasilkan adalah dari jenis cable,diamond,surface honeycomb dan trellis..
satu lagi corak smocking yang menarik dinamakan bargello smocking yang sesuai dijahit padafabric yang mempunyai corak yang padat...

untuk menaikkan lagi seri pada jahitan smocking ini, kita juga boleh menambahkan sulaman bullion dalam bentuk bunga ros dan sebagainya....

untuk para penggemar smocking gowns saya ingin berkonsi antara gambar2 smocking gowns yang ada dalam magazine smocking kesayangan saya....

SMOCKING DONE BY ME

SMOCKING DONE BY ME

dhania

dhania
muslimah version of smocked dress

NURUL'S DAUGHTER farah

NURUL'S DAUGHTER farah
farah is wearing a combination of bargello pattern and trellis

CT FAIROSE'S DAUGHTERS

CT FAIROSE'S DAUGHTERS
THEME OF MARRONE SMOCKING GOWNS

QEESYA IN BARGELLO SMOCKING

QEESYA IN BARGELLO SMOCKING

MAY Smocking orders

MAY Smocking orders

Friday, March 16, 2012

new orders for this week

gown smocking ni I buat ikut pattern babe in the wood tapi diubah suai sedikit pada bhg lengan kerana  pelanggan baru saya iaitu Puan Wan Fadilah dari Terengganu menginginkan sepasang gown lenagan yg boleh juga digayakan sbg blouse.. design smocking tetap sama spt yg asal cuma ada pertambahan sedikit dlm jumlah bullions roses..smocking pattern ni agak rumit sedikit kerana ianya dijahit utk dijadikan bentuk yg sedikit menurun di bahagian tengah ..Alhamdulillah siap juga sebelum majlis kenduri beliau pada 26/3/2012 nnti.. insyaAllah tempahan ini akan diposkan minggu hadapan..di bawah ini terdapat satu lagi blouse/gown yg serupa tetapi saya jahitkan smocking yang berlainan design mengikut kreativiti saya sendiri dan disulapkan juga bullions roses seperti kehendak pelanggan.. Pn Wan Fadilah juga telah menempah 2 helai romper untuk anak lelaki nya dan anda semua bolehlah melihat hasill tangan saya pada kali ini.. Terimakasih pada Puan fadilah yang telah memberi kepercayaan pada saya untuk menyiapkan 'projek' ini.. yang tentunya saya berpuashati dengan hasilnya...:-)

gambar di atas  ini pula ialah gown smocking potongan baby doll..tiada tali di belakang dan smockingnya hanya di bhg atas dada..Gown ini ditempah oleh adik saya sendiri untuk anaknya yang akan berumur 3  tahun pada bulan October nanti..Masih menggunakan fabric English cotton polkadot di tambah dengan collar dan lengan dari 'plain' cotton berwarna putih untuk menyuntik sedikit kelainan pada gown tersebut..Gown potongan baby doll ini juga sesuai utk dajdikan sabagai paakaian kanak2 muslimah apabila lengannya dibuat labuh ke pergelangan tangan dan labuh baju hingga ke buku lali atau boleh juga dibuat pada paras lutut dan dipakai bersama seluar panjang....

Romper yang dihasilkan ini juga adalah daripada buku smocking yang ada dalam simpanan saya .corak smocking yang disebelah kiri skali dikenali sebagai HONEYCOMB  dan Romper yang kedua menggunakan jahitan cable tetapi dijahit menurun ke bawah

terimakasih kepada anda semua yang telah mengikuti blog gurlfantasies-land. blogspot.com ini dan sukacita dimaklumkan bahawa promosi bulan March masih lagi berjalan hingga ke akhir bulan ini  . Diharap anda semua tidak lupa yang pihak saya tidak akan mengenakan sebarang postage fee utk penghantaran di seluruh Malaysia,  bagi tempahan yg dibjuat di bulan March ..So nak postage percuma silalah daftar sebagai 'follower' dan membuat tempahan anda sblum bulan Mac 2012 berakhir....

Akhir kata salam daripada saya untuk anda semua...Terimakasih atas sokongan yg  telah diberikan   selama ini....